Salam persahabatan,
Oh! Senangnya membina blog WordPress sendiri
Daripada tak minat..tak tahu..sekarang saya telah memiliki blog dot com sendiri dengan menggunakan WordPress 2.3.2 Sebenarnya sebelum ini saya lebih berminat membina laman web statik jerk. Malah tak pernah nak ambik tau pun pasal teknologi blog ni. Tetapi setelah saya amati, majoriti IM memiliki blog sendiri dan ini merupakan satu keperluan untuk setiap mereka yang terlibat dalam perniagaan internet ni. Kenapa? Sebab berbanding laman web statik..blog adalah lebih mudah untuk dikemaskinikan dan lebih ‘mesra pengguna’. Ciri yang lebih mustahak ia sangat ‘mesra enjin carian’ dan ini sangat penting untuk mendapat trafik yang tinggi..
Masalahnya pulak, saya tak tau nak membina blog dot com sendiri dengan menggunakan WordPress. Nak guna blog percuma memang ler boleh, tetapi ia agak terhad dan bergantung kepada penyedia blog percuma tersebut. Sebaliknya dengan menggunakan blog WordPress saya lebih bebas memilih tema dan layout blog saya selain kebebasan untuk ‘mengawal’ blog tersebut. Maka, saya mula mencari panduan-panduan di internet untuk ‘mengajar’ saya membina blog dot com sendiri. Akhirnya saya terjumpa ‘Pakej Kit Blogger 1 Starter Kit - Membina Blog Sendiri Dengan Langkah Mudah’. Tidak semudah itu untuk saya membuat pesanan pakej tersebut kerana saya khuatir juga ia tidak berbaloi dengan wang yang saya belanjakan untuk membelinya.
Saya terus membuat ‘survey‘ tentang kualiti pakej ebuku starter kit tu sama ada di enjin carian mahupun di laman-laman forum serta blog-blog di internet. Ternyata majoriti ‘feedback‘ dan komen atau ulasan mereka yang telah memiliki pakej tersebut sangat berpuas hati terhadap kualitinya. Kata mereka ia sangat praktikal, mudah untuk dipelajari dan semudah ‘Hanya Satu Klik’ maka anda PASTI akan berjaya membina blog dot com WP anda sendiri. Terutamanya latar belakang penulis atau penerbit ‘Pakej Kit Blogger 1 Starter Kit’ iaitu saudara Mohd Zulfadli atau lebih popular dengan nickname smartzul di internet adalah IM yang kredibilitinya tidak disangkal lagi..malah sering menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mendalami perniagaan internet. Beliau juga saya boleh labelkan ‘pejuang’ perniagaan internet sebenar kerana beliau AMAT benci program-program skim cepat kaya & pelaburan haram di internet. Seringkali beliau sama ada di forum-forum atau dalam artikel-artikel yang ditulis berusaha membetulkan persepsi masyarakat terhadap Perniagaan Internet yang sebenar.
Jika anda benar-benar serius ingin menjana pendapatan di internet, seharusnya anda MESTI memiliki blog dot com sendiri. Jika anda tidak tahu membinanya..maka saya sangat-sangat rekemenkan anda memiliki ‘Pakej Kit Blogger 1 Starter Kit - Membina Blog Sendiri Dengan Langkah Mudah’ dan bersama pakej ini penulis telah menyediakan pelbagai bonus yang sangat bernilai. Salah satu bonus yang hebat adalah RAHSIA BUAT DUIT DENGAN BLOG!! Kalau nak tau lebih lanjut lagi anda boleh ler klik imej di bawah..
“Salam Kejayaan Dari Saya & Selamat Buat Duit Dengan Blog”