Jan
12
Posted on 12-01-2008
Filed Under (Ebuku Percuma Terbaru) by admin on 12-01-2008

 

Assalammu’alaikum wbth & Salam sejahtera,

“Kesihatan Tidak Dihargai Selagi Tidak Datangnya Sakit..”
(Mohd Rozmie a.k.a JimieRay)

Ya! Memang benar apa yang saudara JimieRay katakan..kesihatan tidak akan dihargai selagi tidak datangnya sakit. Maka pada masa itulah kita sanggup berbuat apa sahaja, bergolak-gadai..malah kita akan sanggup merayu di media-media cetak atau elektronik untuk mendapatkan bantuan kewangan. Hilangnya rasa ego..malu..demi untuk kembali sehat walafiat semula. Ketika itulah..barulah meratapi alangkah menyesalnya kerana tidak menghargai & mensyukuri anugerah kesihatan yang Allah SWT kurniakan selama ini.

Kebiasanya setelah sesuatu ‘anugerah’ itu kita miliki kita sering ‘mudah lupa’ untuk mensyukuri nikmat tersebut. Contoh terbaik, ketika orang tua kita masih bernafas kita sentiasa memberi 1001 alasan untuk balik ke kampung menziarahi mereka..kononnya sibuk..tidak ada masa..minggu depan balik..kemudian bulan depan akan balik..kemudian tahun depan pulak..kononnya takdek bajet..kerja berlambak di pejabat..dan macam-macam lagi. Setelah ibubapa uzur..dan akhirnya tidak bernafas lagi, pada masa itu barulah kita menangis air mata darah..menyesal tidak sudah! Seorang kawan pernah bertanya kepada saya suatu masa dulu..

“Zol, kau rasalah berapa lama lagi ibu & bapa kau masih hidup? Pada penilaian kaulah, sehingga ke hari ini apa yang dah kau lakukan untuk membahagiakan mereka? Gembirakah mereka..??”

Terima kasih abang Megat (kawan yang bertanyakan soalan tu). Soalan tersebut simple bukan? Tetapi ia adalah soalan maut ‘menginsafkan’ untuk saya pada masa itu! Alangkah selama ini saya kurang ambil berat persoalan tersebut. Bagaimana anda?? Fikir dan jawaplah sendiri. Tetapi senario ini bukanlah semua orang, hanya segelintir kecil sahaja. Kebanyakkan daripada kita..tidak pernah lupa ibu bapa.

 

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. antara lain menyatakan:

“..manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati..!!”

Di kesempatan ini, saya juga amat berterima kasih kepada sahabat saya saudara JimieRay yang telah berusaha menyiapkan ebuku percuma “Jaga Kesihatan ~ Tips, Nasihat & Panduan Kesihatan” untuk kita semua baca & untuk kita menghargai anugerah Illahi yang tidak ternilainya ini. Sila lah download kerana ia adalah PERCUMA!!

Ebuku Tips Jaga Kesihatan
Klik e-Cover Di Atas Untuk Download Percuma!

P.S ~ Ini adalah post terakhir saya pada minggu ini. Bermula esok 13hb sehingga Khamis depan 17hb saya offline kerana ada peperiksaan yang perlu saya duduki. Peperiksaan apa? Heee..biarlah ianya rahsia dulu. Tetapi exam ni berkaitan dengan karier saya.

P.P.S ~ Jangan lupa selalu-selalu ler singgah di blog ini kerana saya akan sentiasa update isu-isu dan ebuku-ebuku terbaru di pasaran. Paling mustahak pasti produk yang popular dan berkualiti untuk dikongsikan bersama anda..sahabat maya saya. Semoga jumpa lagi..adiossss :) Selamat menjalan kehidupan yang sehat.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: