
Banner: http://www.islam.gov.my/portal/
“Menjana Ummah Gemilang” Ya! Itulah tema sambutan Maal Hijrah 1429 pada tahun ini. Alhamdulillah segala Puji-Pujian bagi Allah SWT, Pencipta sekalian alam, Selawat dan Salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana masih memberi kita kesempatan untuk bernafas hingga ke detik ini. Apakah penghijrahan anda kali ini? Hanya anda yang berhak menjawapnya..
Ini adalah post ke-2 saya untuk blog ini. Saya yakin penghijrahan yang paling bermakna untuk semua orang pada tahun ini adalah “Berjimat Cermat Berbelanja” heh! heh! heh! betul tak?? Ngaku jer ler..
Memang sepatutnya pun! Tahun lepas lagi kita dah terasa sangat bahang peningkatan kos sara hidup..terutama selepas kerajaan menaikkan gaji para pekerja sektor awam. Pembukaan tirai 2008 semua orang mengeluh kerana kenaikkan harga barangan di pasaran terutama produk-produk keperluan seharian. Malah senario kononnya kehabisan stok..dah kembali menular di pasaran Malaysia!! Dulu gula..kini minyak masak pulak! Malah dalam sedar tak sedar beberapa barangan lain juga telah naik harga..situasi ini amat memeritkan kita terutamanya mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Bagaimana anda?? Anda juga begitu..
Langkah terbaik adalah merancang aliran kewangan anda dengan sebaik-baiknya. Didik anak-anak untuk berjimat ketika berbelanja. Bukan itu jer..mulalah berjimat menggunakan kemudahan elektrik..air..petrol..gas memasak dan macam-macam lagi boleh kita lakukan ~ BERJIMAT CERMAT!!
Ebuku pertama yang ingin saya kongsikan dengan anda adalah “20 Cara Jimat Duit” yang telah ditulis oleh saudara Fahmy aka code7, terbitan RahsiaEbiz.Com Ebuku percuma ini memaparkan banyak tips untuk jimat duit dengan lebih praktikal, gaya bersahaja dan paling penting anda pasti akan berjimat..terima kasih Fahmy

Link download : http://www.rahsiaebiz.com/link.php?id=7
P.S ~ Bagaimana dengan bil elektrik anda?? Tentu meningkat jugak kan? Kalau anda berhajat ingin lebih berjimat untuk membayar bil elektrik..saya sangat rekemenkan anda lawati website ini:
http://kenyalangonline.com/recommend/alatpenjimatanelektrik
P.P.S ~ JANGAN terkejut apabila bil elektrik anda jimat sehingga 30% setiap bulan!! Itulah realitinya..kenapa? Tak percaya ke? Anda lihatlah sendiri fakta dalam web tersebut
Selamat berjimat cermat.